Sunday, November 13, 2011

Interview Kerja Yang Paling Entah Hape-hape

Hello uols.

Lama gila kan aku tak tulis blog ni? Sorry la busy la kerja..maklum la kerja kuli macam ni la..kalau tokey tu busy-busy gak la..cuma lain macam sikit aje sibuknya. Tapi dalam busy-busy tu pun sempat gak aku pergi interview. Maklumlah konon nak cari market, last-last apa pun tarak! Aa? Cer citer? Boleh apadehal...

Around this early month, sehari sebelum Deepavali aku dapat panggilan kecemasan interview. Or interview emergency. Kenapa aku cakap camtu? Oh oh sebabnya aku tak rasa aku ada apply kat company yang call aku tu..suddenly dapat call pulak suruh datang interview. Aku pun pelik jugak apahal la tiba-tiba je calling. So lusanya aku pun pergilah ke lokasi kejadian. Wah wah wahhh memang lahanat punyalah jauh, semalam masa aku tengok kat Google Map takde la pulak jauh camni. Teksi pun tak lalu inikan pulak bas RapidKL, Bandar Baru Bangi katanya. Aku pun macam ok takpe-takpe kita tengok dulu macam mana. Melilau gak la aku cari office, kena call sana dua-tiga kali minta tunjuk jalan. Maklumlah mana pernah sampai BBB ni. Confirm la macam orang buta hilang tongkat, meraba-raba je aku cari jalan. Nasib baik aku naik teksi so takde la teruk sangat sesatnya. Sampai aje aku kat sana, wauu nak masuk tak boleh ni pintu siap security system ok. Gigih sungguh bos dia ni. Aku pun tekan la intercom mintak nak masuk...macam salesman jual barang lak rasa. Masuk aje office, aku terpegun. Aku nampak satu meja besar, dua kerusi, no phone line, no PC. Ada selonggok majalah sekolah yang baru print kat tepi dinding office. Wow, office baru ker? Tengok wallpaper, dah turun colour ke belum? Check. Confirm office baru. Dan dalam office tu currently hanya ada aku, seorang awek yang merangkap secretary/kerani/coffee lady, bos dan budak baru grad yg tgh diinterview kaw kaw.

So masa aku tengah tunggu giliran aku tu, confirmlah aku dengar apa yang dia tanya budak tu. Aku dengar dia cakap kat office ni tak ada pc, so kena guna lappy/pc sendiri. Budak tu pun just say yes policies aje lah. Aku macam OMG sedihnya company ni. Lepas tu siap cakap pasal no MC allow. Aku lagi la wow boleh tahan lahanat jugak company ni. Dan bila budak tu cakap dia mintak RM1800 untuk starting, dia kata dia refer pada pengalaman. Tambah lagi wow factor. Takpe-takpe lepas ni turn aku lak, so kita tengok apa yang dia nak kata.

Aku masuk aje, duduk. Dia tanya kerja mana..buat apa..etc etc. Siap tanya oh boleh ke you work under pressure, tahan kena marah ke, I was like hello baca resume lah aku kerja dengan company cina ok. Kena maki tu dah biasa dah..dah jadi lauk harian aku pun. Bila cakap pasal gaji je, dia tengok aku mintak RM1700. Then guess what, dia siap minta aku kurangkan rate tu. Aku cam dah whatthefak mamat ni..alasan dia pengalaman lagi la...Ya rabbi aku kerja 2 tahun buat grafik siap tunjuk artwork bagai pun tak boleh nak bagi rate aku mintak? Itupun kira rendah tu padahal aku postgrad kut. Gila ke apa? Macam nak sound je Melayu Berangan tu "Lain kali nak hired orang kalau nak bayar rendah baik ambil budak baru habis SPM je..you boleh bayar RM800, lagiii murah." Bangsa cheapskate betul. Dan belum tentu dia boleh bagi aku dental or medical claim or masukkan gaji aku tepat 1hb every month. Nak murah lagi? Ambil contract basis. Kerja buat magazine sekolah ni time hujung tahun je busy kan? Buat 6 bulan punya contract habis cerita kalau dah nak jimat sangat. Sedang tempat kerja aku sekarang pun boleh bayar lebih siap dengan benefits, kau company cikai nak berlagak gila babi hired orang pun nak memilih-milih? Eii kalau kau offer aku balik pun, tak hadap la..

Sudahnya aku balik rumah sakit hati. First sebab pergi interview bodoh yang aku tak payah pergi pun tak apa. Habis terbang RM50 sehari. Lepas makan Chilli's tu! Secondly sakit hati dengan perangai berangan bos dia yang tak boleh belah tu. PC pun tak boleh nak bagi..apa punya company la weiii? Memang taubat aku nak pergi minta kerja dengan company Melayu ni..katalah aku ni tak sedar diri ke tak nak tolong Melayu ke janji kau pun buat perangai berangan lahanat kau dengan aku so kau rasa aku ada nak tolong balik ke? Memang tak la!

Atas sebab apa aku cakap macam tu? Walaupun aku kerja takdela kat company besar-besar, company pun cikai-cikai je but at least bos ada gak bagi incentive ke gaji masuk awal ke dapat angpau ke..kalau aku kerja dengan kau? Hmm jawabnya apa pun tak ada..aku pernah sekali kerja dengan company Melayu..ya rabbi seksanya Tuhan sahaja yang tahu. Masa tu konon mengenangkan istilah tolong Melayu..ahh penipulah semua tu apa pun tak boleh. Zaman sekarang ni kalau kau kerja rajin macammana pun tapi tak reti nak mengipas membodek (memang aku tak reti membodek sejak dari zaman uni lagi) memang tak ada la kau outstanding depan bos. Eh-eh lain macam je marah ni. Okaylah sebelum aku melalut lagi jauh aku rasa better aku stop dulu. Bantal pun dah panggil-panggil aku tu maklumlah penat bertekak di siang hari tadi. Ingat, anda buat, anda dapat. Selamat beramal!

0 comments: