Membaca kenyataan Datuk Omar Osman di akhbar Kosmo pada pagi kelmarin tiba-tiba menaikkan darah aku. Dia khabarnya menyelar rungutan segelintir golongan muda yang membantah cadangan agar umur bersara wajib sector swasta ditingkatkan kepada 60 tahun daripada 55 tahun.* Beliau menegaskan golongan muda zaman ini dikira manja dan tidak sanggup bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Tambahnya lagi adalah sukar untuk bersaing dengan negara maju apabila kita kekurangan tenaga pakar dan bergantung kepada tenaga pekerja baru. Beliau juga menyatakan bahawa golongan muda tidak merasa perit dan susahnya untuk mendapat pekerjaan.
Terasa jantungku dihiris-hiris bila membaca pernyataan Datuk Omar Osman yang aku kira dibuat secara melulu dan tidak bertimbang rasa. Kenapa aku rasa begitu? Atas sebab apa? Adakah aku pun termasuk dalam golongan muda yang manja?
Buat masa sekarang aku bekerja di Starbucks Coffee sebagai shift supervisor setelah 4 tahun aku bekerja secara sambilan di situ sejak tahun 2007. Kenapa kerja sambilan? Atas sebab aku bekerja sambil belajar. Hanya mengharapkan duit PTPTN adalah sukar untuk aku hidup di Kuala Lumpur. Tahu-tahu sajalah, makan tengah hari paling murah pun dah RM4. Takkan hari-hari makan meggi..botak kepala den. Dan yuran pengajian sarjana pun bukannya murah sangat. Koman-koman RM2k jugak nak kena bayar. Habis study, aku cari kerja. Mulanya aku mengharapkan kerja yang sesuai dengan apa yang aku ada. Maklumlah ambik master katanya nok. Bulan pertama dan kedua aku giat, tapi masih tiada jawapan. Merata aku hantar resume ke kolej bahkan kolej yang aku tak pernah tahu pun aku belasah hantar. Hampa belaka. Aku apply UiTM jadi part time lecturer pun ditolak, alasan cgpa masa degree 2.87 so kiranya tak layak untuk jadi lecturer. Aku jadi rage, sampai tahap aku rasa sarjana yang aku ambil tu hanya layak gantung kat dinding saja. Tak berguna apa pun. Masa habis bachelor dulu pun sama gak. Sampai aku kerja jadi salesgirl, punya la tak ada kerja masa tu. Janji kerja je. Kiranya dari aku grad bachelor sampai master (2001-2011), tak ada orang nak ambik aku kerja. Walaupun aku pernah kerja graphic designer, jangan ingat senang nak dapat kerja. Time study dulu specialization in textile, so susah nak dapat kerja based on orang punya trust. Mostly graphic designer yang diorang nak is Chinese, ataupun bahasa halusnya Mandarin speaking required. Walaupun apa yang aku buat lagi bagus dari apa yang diorang buat, tapi memang susah nak dihired. Berapa banyak interview yang aku pergi, semuanya gagal. Alasannya biasalah, nak yang ada pengalaman, nak yang kerja 3-4 tahun.
Melalut panjang lak. Maklumlah tengah rage. Bagi menjawab statement presiden CUEPACS tu tadi, meh la aku bagi point-point penting.
1. Tidak berdaya saing, manja- Contoh terdekat ialah aku sendiri. Kalau aku tak berdaya saing dan manja, aku tak rasa aku sanggup kerja kat Starbucks memandangkan aku ada master degree. Buat apa nak kerja jadi kuli dan orang semua pandang rendah kat kami yang kerja dalam fast food or FnB?
2. Kekurangan tenaga pakar dan bergantung kepada yang baru bekerja- Kalau beliau sendiri tidak percaya kepada kemampuan golongan muda dan tidak mahu memberi tunjuk ajar kepada yang baru bekerja, bagaimana kami nak jadi tenaga pakar? Dah namanya baru habis study, takkan terus keluar universiti dah kena ada pengalaman kerja lima-enam tahun? Ingatlah masa dia habis study dulu pun, masa dia baru habis sekolah pun dia pun tak ada pengalaman, habis macam mana dia dapat kerja tanpa pengalaman? Maknanya sumbangan ke angka pengangguran yang tinggi di Malaysia ni adalah antara kerana kebanyakan organisasi swasta tidak percaya kepada golongan muda yang baru habis belajar di universiti? No wonder la aku mintak kerja manjang tak dapat…begitu rupanya.
3. Generasi sekarang tidak tahu betapa susahnya mencari pekerjaan- Don’t talk this rubbish. Aku rasa beribu-ribu orang sekarang ni tengah bekerja dalam bidang yang tak pernah terlintas difikiran masa belajar di universiti. Takyah susah-susah nak buat perangkaan. Buat je random survey. Tanya je mana-mana budak yang kerja kat KFC atau McD yang diorang ni baru habis sekolah ke atau baru habis study kat uni. Aku boleh bet 75% akan jawab baru habis uni. A friend of a friend cerita kat aku, sepupu dia graduate master biotech kerja jadi staff kat Dunkin Donut. True story.
So jangan nak buat kenyataan melulu dan membabi buta. Tolong semak dan ambil tahu pasal keadaan sekarang sebelum buat statement bodoh tu. Dan ingatlah, in every six months thousands of graduate students akan grad dari public university dan juga kolej swasta. Jangan cakap kitorang tak tahu susahnya nak cari kerja. Kerana aku sangat-sangat tahu.
__________________________________________________________________________________
*Petikan Kosmo! 29 September 2011 m/s. 3
0 comments:
Post a Comment