Aku memang malas nak update blog. Serius malas. Sebab? Aku banyak kerja. Dan kerja aku selalu lebih dari 8 jam waktu bekerja. Bila aku sampai rumah, dalam kepala ingat nak tidur diam-diam. Alasan? Ya. Memang alasan. Kerja kat store busy sapa je tahan. Straight kerja 8 jam tak break kau rasa penat ke tak penat? For 6 days a week lak tu. Even worst, seven days a week. Urgh. Sampaikan banyak benda yang aku selalu tangguhkan pasal aku rasa terlalu penat nak buat benda-benda tu semua masa aku cuti. Such as, mengasah photoshop & illustrator skill yang dah makin berkarat.
Tapi benda yang selalu aku regret bila aku terlupa slash malas nak buat ialah baca atau cari balik novel-novel lama. Aku suka baca Salina [A Samad Said], Srengege - [Shahnon Ahmad] dan Tempat Jatuh Lagi di Kenang [Adibah Amin]. Aku boleh ulang baca buku Adibah Amin yang aku korek-korek dari simpanan pakcik aku (sorry Achik Din) daripada aku start sekolah menengah sampailah sekarang umur aku dah 32 tahun. Masih tak jemu di ulang baca..sampai naik lusuh buku tu aku kerjakan. Ceritanya mudah, berkisar kehidupan Hanim di masa penjajahan Inggeris sampailah ke zaman perang Jepun hinggalah dia ke universiti. Lucunya bila dia menggambarkan Mak Busu mengikat rambut ketat-ketat dan menarik muka biar nampak garang, terharunya aku bila dia mengisahkan kawan sejiran zaman perang meninggalkan teddy bear kepam pabila mereka terpaksa pindah tergesa-gesa akibat perang. Zaman kanak-kanaknya mengingatkan aku pada zaman yang pernah aku lalui dulu. Tinggal di kampung, mandi sungai, duduk di kuarters FELDA, ada pula golongan yang membenci bila tahu aku anak orang 'itu' dan macam-macam lagi.
Kalau kamu semua pernah menonton filem "Adik Manja", pasti kamu kenal akan dia. Gaya bercermin mata besar dengan rambut serabai, lekat panggilan Cikgu Bedah pada Adibah Amin.Teka mana satu Cikgu Bedah?
Bila aku mendapat berita Adibah Amin terlantar akibat strok, aku terpampan. Pasti tidak ada pengarang yang sebaiknya jikalau dia pergi. Kalau ada, mungkin ada, tak mungkin dia dapat mengharukan aku hanya melalui tulisan yang takkan jemu aku baca selama-lamanya.

0 comments:
Post a Comment