Selfish. Bukan maksud menjual ikan. Pastinya bermaksud kamu ini seorang yang mementingkan diri sendiri. Selfish merupakan satu perkataan yang selalu diguna pakai tatkala untuk melabelkan sifat orang lain. Tentunya yang negatif sahaja. Kalau kamu mahu ambil cuti kala orang semua sedang bekerja di Eidul Fitri, kamu akan dilabel selfish. Tatkala kamu makan sedang orang lain belum makan, terus-terang kamu ini selfish. Bilamana kamu mahu menqada’ hajat di jamban sedang orang lain sibuk menguruskan itu dan ini, nah, selfishlah apa lagi? Sekarang mari kita lihat kenapa orang yang dilabel selfish ini, membuat perkara-perkara yang orang lain rasa sungguh mementingkan diri sendiri.
Kamu mahu bercuti tatkala Raya menjelang. Mahu bersama keluarga. Teman-teman sekerja semua berebut-rebut mahu cuti di masa yang sama. Ah, bos pula menangkan kamu yang mahu bercuti, bagi kamu apa yang kamu mahu. Apa lagi rafik lain terasa hati dicucuk-cucuk dengan jarum peniti, mengata kamu selfish mahu bercuti masa Raya sedang mereka terpaksa bekerja di hari mulia. Kamu sakit hati mendengar orang menyindir kamu setiap hari (walaupun bukan terang-terangan sakitnya masih terasa jua), lantas minta cuti kamu ditangguhkan, biarlah bekerja masa Aidil Fitri. Argh, apa sangatlah bekerja masa raya, barulah fair and square bak kata orang putih. Dua tiga bulan kemudian, barulah kawan sekerja kamu tahu yang kamu diam di perantauan tanpa sesiapa disisi, duduk menyewa bilik sempit di Bukit Bintang dan tak akan merasa ketupat lemang atau apa-apa sambutan raya memandangkan tiada sanak saudara di rantau orang. Manakala yang mengata-ngata kamu selfish itu sebenarnya tinggal bersama keluarga, tidak menyewa, tidak tinggal berasingan. Masih selfishkah kamu?
Tatkala seseorang ada sebab musabab untuk berbuat sesuatu diluar jangkauan orang lain, senang-senang label selfish itu ditempek pada individu. Orang mengata-ngata kamu selfish itu sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata perilaku mereka sendiri. Ya, perkataan itu sekadar label yang digunapakai sebagai andaian, hipotesis dan juga serangan peribadi kepada pelaku. Aku juga salah seorang yang selalu digelar selfish, oleh kerana aku bekerja tidak sama seperti orang lain. Dan yang menggelar aku selfish itu sebenarnya terlupa bahawa akulah orangnya yang cover floor bila tiba masa dia sakit senggugut di awal bulan. Dia juga lupa aku kena delaykan semua kerja bila dia datang lambat. Dan setiap 30 minit sekali dia akan pergi smoking kat tepi ATM machine sampai aku kena balik lambat oleh kerana tak ada orang jaga floor. Memang give and take tapi bila kena label aku selfish, aku rasa sangat tidak adil tatkala aku berkorban dan kau tak pernah nampak apa yang aku buat. Bila complaint datang kau sakit hati dan kata bukan kau yang kena complaint, siap kata salah orang pula. Bila aku gunakan duit aku dulu beli ink atau bayar coins delivery, siap perli-perli kata aku “kaya”. Memang sedih tapi apakan daya, manusia memang selalu lupa dan tak nampak apa yang mereka ada.
Oleh itu selfish bagi aku hanya kata-kata negatif untuk melemahkan daya mental individu. Ingatlah, kalau kamu rasa kamu tak selfish, sebenarnya terkadang kamu juga selfish, cuma kamu tak sedar dan tak perasan bila perangai selfish kamu itu muncul.
0 comments:
Post a Comment