Wednesday, July 15, 2009

Pengalaman hari khamis saya.

Hari ini hari Khamis.

Aku buat keputusan untuk ke library untuk menampakkan sedikit intelek (padahal lepak main fesbuk). Setelah aku setel pinjam buku dan mencari port baek punya untuk laptop-selalunya aku akan berpindah ke bilik MA, aku pun pergi ke cafe untuk menapau makanan supaya tidak kelaparan di kemudian hari.

Oleh kerana aku telah membelasah nasi goreng yang tak sedap di cafe ko-op awal pagi tadi, aku telah tertarik untuk makan makanan yang ringan-ringan, tidak berorientasikan nasi. Kelihatan burger oblong yang tak pernah aku rasa menusuk-nusuk jiwa dan selera. Sedap ke? Nampak macam sedap. Tanpa berfikir panjang aku terus mengambil oblong daging dan membayar harganya iaitu RM3.50. Boleh tahan mahal jugak menatang ni, fikirku lagi. Ah, tak apalah. Janji boleh santap.

Setelah selesai acara membeli burger, aku pun berjalan kaki turun ke bilik MA. Agak-agak dalam pukul 3 petang, aku pun berasa lapar lantas mengeluarkan oblong burger yang aku beli sebelumnya. Lantas aku mengigit mesra burger itu...


Aku mengunyah, mengenalpasti rasa.






Mak aii..apo la punya burger..sudahla daging bak getah sekerap, roti pun hangus. Cis....rijek rijek!!

Monday, May 25, 2009

Get Together

Yesterday is our gathering. Yan, Gina dan aku.

Setelah 9 tahun tak jumpa. Seronok sangat..maklumlah dah lama tak jumpa kan. Kitorang bertiga ni asalnya satu asrama. Bilik je asing-asing. Lepas semester 3, sewa rumah sama-sama di Seksyen 24. So bila jumpa semalam sembang macam-macam. Kira letup gak la sembang..biasala nama pun perempuan sembang...sampai pukul 9 baru kitorang abis lepak.

Gina sekarang dah kahwin. Siap pakai tudung! Aku cam tak percaya aje..wahh mana pergi Gina yang glam tuh? Dia stay KL ni sorang je..tak bawak husband. Yan aku selalu jumpa sebab aku sambung master ajak dia sekali. Kira geng ketat la.

Tapi macam-macam perkara kitorang sembang dari mula kitorang study sampai habis study. Susahnya makan hari-hari, masak pun sup kentang berulam sambal belacan goreng resepi Remy, daging burger masak lada hitam, dari rumah jalan kaki sampai jalan besar naik bas mini pergi school hari-hari, dan peristiwa kitorang bergaduh ngan makcik bawah rumah kitorang yang tak puas hati kitorang sidai baju basah.Teringat kat almari lauk dari drawing board, meja makan sumbangan ihsan drawing board si Remy, tidur tergolek beramai-ramai, dan tengok tv yang tak ada kaler (pokok kaler merah ok). Memang susah zaman-zaman student kitorang ni, siap collect duit RM50 buat beli beras, gas dan lauk untuk satu bulan. Peti sejuk pun tak ada,punyalah miskin. Tak ada computer, pergila berebut kat lab school. Takpun godek la pc kat cc seksyen 2 tuh. Save pulak dalam disket, kena file .ai mampus tak muat. Nak merayap tak ada kereta, naik la bas merapu-rapu ke KL sambut tahun baru 2000. Sedih ada, marah dan geram pun ada, tapi bila kitorang kenang-kenang balik sekarang kelakar tergolek-golek gelak.

Aku tengok sekarang ni, student mewah sungguh. Pergi kelas naik kereta, lepak Starbucks macam lepak kedai mamak saja. Dress up pun kalah aku yang bekerja ni. Padahal nak pergi bengkel saja. Aku kalau bab pergi bengkel pakai tshirt+jeans bengkel (coz bertompok-tompok kena printing colour) Hat depa ni..siap berhand bag kasut baji! Handphone apatah lagi, 3g manjang. Kalau tak 3g tak in katanya. Sampai aku pulak naik segan tengok depa ni.

Tak apalah. Rezeki masing-masing kan...Lagipun zaman student sekarang dah banyak beza dengan zaman aku dulu. Sekarang handphone bersepah. Budak sekolah pun dah ada handphone. Parents pun mesti nak anak dia senang pergi belajar..since sendiri dah rasa susahnya hidup tak ada transport.

Tapi pengalaman berdikari masa study bersama kawan-kawan rapat memang susah nak lupa. Dan pengalaman tu yang mendewasakan dan merapatkan kami semua. Aku rindu duduk dengan korang!!

Cool Uncool

Ada seorang kenalan a.k.a. ex housemate aku melakarkan bahawa aksi-aksi cool didalam lrt adalah termasuk seperti perlakuan yang dinyatakan di bawah;

"Contohnya, tangan mesti kepit buku, telinga kena sumbat dengan earphone. Buku pula kena buku omputih, buku inglish, buku BI. Baru nampak cool. Kalau takat buku novel cinta melayu, jangan la. Tak cool okey?

Earphone tu pulak, pulas volume paling kuat, biar sampai pekak, biar jiran tetangga dapat dengar lagu kita tengah dengar tu. Lepas tu, pastikan lagu ala-ala omputih semuanya. Jangan layan lagu jiwang. Woh.. baru la cool.

Time kepit-kepit baca buku tu, mulut jangan kumat kamit baca. Sebab orang yang baca buku sambil mulut kumat kamit tu orang IQ rendah. So, tu adalah tactic untuk jadi cool dalam lrt."
diambil dari sini.

Bagi aku, tidak ada masalah langsung dengan membaca novel atau karya berbahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun okay, sebab aku kena tingkatkan grammar knowledge dan istilah-istilah jargon. Biasanya seleksi pilihan buku adalah melalui pengarangnya, bukan bahasa pengantara. Kalaupun buku berbahasa Inggeris, tapi pengarangnya setakat menulis cerita erotis, tak payah la baca. Ataupun novel Melayu, tapi pengisiannya hanyalah cinta-cinta remaja ataupun cinta orang kaya dan miskin yang tak kesampaian, itu pun tak boleh blah. Dan membaca di dalam tren ataupun bas hanyalah mengisi masa bosan, aku sendiri jarang membaca didalam tren dan bas yang penuh dengan manusia berhimpit-himpit sesak dan tersepit.

Selalunya aku menyumbat telinga dengan mendengar mp3. Lagu pilihan banyaknya Inggeris, sukunya Indonesia. Melayu? Ada satu dua sahaja. Aku bukanlah memilih sangat bab dengar lagu ni, janji sedap sudahlah. Cool? Erk. Tak rasa apa pun. Aku dengar mp3 pun tatkala ada Indon atau Myanmar sebelah aku sembang kuat-kuat tak ingat dunia, ataupun nak bagi ada mood baik sikit sebelum masuk kerja.

Sebenarnya sengaja je nak bagi answer atas perilaku cool yang dia gariskan ni..sebab aku tak rasa apa yang dia buat ni cool. Unless kalau individu tu buat sambil bermuka poyo dan berlagak, mungkinlah dia rasa dia cool kut. Dan golongan yang perasan cool ni selalunya end up lepak kat Starbucks sambil minum satu Frappuccino kongsi dengan lima atau sepuluh orang teman yang lain. Cool kan?

Kalau nak tau erti cool, pergi baca Tukar Tiub.

Monday, May 11, 2009

Janji Manismu

Dua tiga hari ni macam-macam jadi.

Ada satu regular customer compliment aku when seeing me without cap. "Seriusly u look gorjes!" katanya. Next day datang pun sebut lagi. Blushing aku dibuatnya.

Ada SS dari Garden's datang jaga store. Kelam kabut kitorang dibuatnya. Lepas tu dia boleh kata boring? ha ha ha!

Mengumpat pasal bekas SS kitorang yang budget terror keje pun ada gak. Sekarang dah jadi barista biasa pun, masih terbawa-bawa style SS. Mengarahh je keje.

Tapi paling penting sekali, aku nak sentuh pasal berita aku baca kat paper pagi tadi.

Diberitakan bahawa Jalan Pudu akan dibuat one way. Jalan Sehala. Sebabnya sesak sangat, jadi better katanya jadi one way street.

Aku ada cadangan yang lagi baik. Apa kata korang setelkan construction Plaza Rakyat yang dah abandon bertahun-tahun tu. Besarkan Puduraya. Upgrade sikit jadi Terminal Bas hat paling in dan letup. Food court tu pun kena ubahkan sama, jangan mahal melampau-lampau kalah 7-11 punya harga. Ubah jadi jalan sehala nak buat apa? Nak congess traffic pergi mana pulak? Aku rasa kos untuk building terminal tu lagi better daripada pergi ubah jalan. Fikir solution bukan untuk 2-3 tahun akan datang je, pikir untuk 30 tahun akan datang ok. Please lah. Bukan kami je yang turun naik bas kat situ. Pelancong pun ramai. Dah kata tumpuan, kat pusat bandar lak tu, mesti lah sesak. Aku aware pak-pak menteri memang tak pernah naik bas, tu la pasal tak tahu apa pun. Cakap saja pandai, kan?

Dan aku masih menunggu mana janji-janji nak menaikkan taraf public transportation yang dibagi budget berbilion-bilion tuh. FYI, aku travel every single day using bus and train. Shah Alam-Bukit Bintang. Masih lambat, dan tak sesuaiiii dengan keperluan rakyat.

Setakat turun Masjid Jamek hari Ahad sekali dalam seumur hidup, tak mendatangkan hairan langsung di hati aku. Ghairah pun tidak. Maaflah, sila cuba lebih baik lagi.

Tuesday, April 28, 2009

Hari Selasa yang Bosan

Panas sungguh hari ni. Rasa serba tak kena dibuatnya. Baring salah, bergolek-golek pun salah, mandi pun berpeluh balik. Tengah hari tadi aku pergi pool UiTM, kononnya nak berenang-renang ketepian..tapi hajat tak sampai la pulak. Masa aku sampai, sessi pool is for guys only. Bonus: aku lupa bawa swim cap. Dan google. Dah lah berpeluh-peluh datang, sekali tak boleh mandi la pulak....tensii tensi!!

Akhirnya aku balik rumah dan buat laundry. Lepak golek-golek atas lantai sampai bosan, pukul 9.45 pm baru keluar rumah sebab tak tahan panas gila.

Aku rasa macam kekurangan kasih sayang la pulak hari ni. Dah la panas, depress lak tu. Sedih sungguh. T_T

Sunday, April 26, 2009

List of Nasi Lemak Favourite

Nasi Lemak Wisma Cosway

Hari Sabtu lepas aku kerja pukul 10 pagi-6 petang. Selalunya, aku akan datang awal untuk pergi sarapan a.k.a brunch sebelum masuk kerja. Maklumlah, nak pakai tenaga sampai lewat petang Sabtu yang sangat sibuk.

Oleh sebab aku kerja di Pavilion, kadang-kadang aku akan pergi makan di Wisma Cosway. Biasanya aku pergi hari cuti, tak ramai sangat orang. Kalau pergi hari bekerja, jawabnya tak tahulah pukul berapa baru boleh dapat makan.

Hari itu tenang-tenang sahaja, aku ambil keputusan untuk makan nasi lemak, gerai pertama di food court bawah Wisma Cosway. Masa aku sampai, orang beratur panjang. Servis memang pantas, aku pilih kari telur dan sambal sotong. RM3. Nasinya masak elok. Berderai, lemak ngam-ngam, sambal tak berapa manis, tak pedas sangat. Kari telur, marvelous. Sambal sotong pun marvelous, rasa lembut dan tak kenyal macam getah sekerap. Dengan hasil dan harga food tu, aku bagi 5 bintang. Setakat nasi lemak Madam Kwan’s tu, boleh pukul habis. Lepas aku habis makan (masa tu dalam pukul 9.30am), orang dah beratur sampai tangga. Gila ramai. Hari Sabtu tu beb, weekend. Satu aje potong, nasi tu portionnya sikit. Tapi aku rasa okay lah..setakat nak makan pagi je..bukan nak makan sampai tidur..

Nasi Lemak Taman Midah

Ah, nasi lemak ni memang aku miss gila. Dulu aku kerja di Taman Midah, dan setiap hari ada pasar pagi betul-betul depan office aku. Taman Midah ni kawasan orang Cina, pagi-pagi memang budaya diorang breakfast satu family kat kedai kopi. Aku tengok cam syok gak layan breakfast satu family ni. Bukan 3 orang tahu, 10 ahli keluarga breakfast pun pemandangan biasa kat situ. Gerai nasi ni betul-betul di permulaan jalan pasar pagi taman ni.

Nasi lemak ni biasa bukak meja je, orang dah beratur beli. Nasi lemak biasa je..takde lauk, telur rebus @ goreng dengan sambal, timun, kacang dan ikan bilis. Tapi sambal dia mak aii..pedasnya cukup, manisnya tak menyengat lidah, huiih…sambil aku taip ni pun dok terbayang rasa dia. Memang A++. Dek kerana bungkus dengan daun pisang, wanginya…ahh.. memang recommendation ‘sila beli’, tapi untuk take away sahaja. Harga RM 1.00. Nasi lebih, telur rebus sebijik RM1.50. Tapi tu harga sebelum minyak naik la. Sekarang ni aku rasa mahal sikit kot.

Tips: Biasa kalau aku tak nak makan lunch, aku ambil hat RM1.50 tu. Kenyang tak ingat..




Nasi Lemak Mamak, Sebelah Bekas Bangunan Maybank Jalan Pudu
Nasi ni bukan mamak tu yang bikin, tapi ada orang hantar setiap pagi dalam kul 6.45am-7am. Location gerai ni menghadap bekas bangunan Maybank, seberang jalan dengan hotel Swiss Garden. Nasi lemak dia sempoi je, kuantiti nasi leh tahan banyak, bungkus daun pisang, telur rebus separuh, kadang-kadang ¾, sambal bilis dan ikan bilis+kacang. Tak ada timun. Kira nasi lemak budget jer nieh..harga baru RM1.20. Tapi kira sambal dia ni sedap la jugak. Nasi dia pun okay, boleh layan. Selalu aku grab nasi lemak ni time aku lalu nak pergi kerja opening shift.


Nasi Lemak City Garden, Kg Baru.

Nasi lemak ni memang killer. Sambal pedas tak agak. Sebungkus tak silap aku 80 sen, selalu mesti nak ambil 4-6 bungkus untuk 2 orang makan. Location, dekat dengan dewan serbaguna Kg Baru. Dekat-dekat dengan sekolah rendah rasanya. Ingat-ingat lupa la pulak. Lauk memang banyak choice, tapi biasa aku tak ambil lauk sebab lauk dia mahal yang bukan-bukan. Antara lauk yang perlu dielakkan ialah hati dan paru, sebab aku tak tahu sebatang tu dia kira berapa. Sambal sotong pun aku tak berapa nak ambil, sebab nasi tu sahaja dah ok. Tak tahannya kat sini susah gila nak cari parking. Ramai orang, of course lah, nama pun Kampung Baru beb. Lepas tu bab servis memang hampeh, Indon tukang jaga lauk tu punyalah kedekut, muka cashier plak cam nak telan orang. Huhuhu.


Nasi Lemak Bukit Indah, Ampang.

Yang ni lebih kurang macam nasi lemak City Garden gak, tapi lauk tak adalah sebanyak macam diorang tu. Ada daging rendang, sambal sotong, dan ayam goreng. Harga sama, 80 sen sebungkus. Tapi kedai ni tutup awal, sebab nasinya pun habis awal. Setakat pukul 8 malam baru nak pegi, dinasihatkan pergi jelah tempat lain. Confirm sampai sana tinggal Tupperware je. Tambah jam dari Ampang Point nak sampai ke Bukit Indah tu, lagilah berjanggut. Sambalnya tak sepedas Kg Baru punya, kira okey lah. Aku tak galakkan ambil rendang daging dia, sebab liat . Kedai specialized jual nasi lemak sahaja. Nama kedai tu malangnya aku tak ingat. :-P Tak salah aku, kedainya sebaris dengan kedai runcit, atas ada pusat tuisyen.

Nasi Lemak Jalan Alor, Bukit Bintang.

Gerai nasi lemak ni biasanya buka setiap hari kecuali hari Isnin. Lokasi gerai di permulaan Jalan Alor, depan kedai serbaneka + restoran mamak. Seberang gerai pulak mengadap restoran Cina dekat-dekat dengan KFC Bukit Bintang.

Memang ramai orang beratur beli, aku tak tahu berapa tong dia boleh jual satu pagi. Pukul 7.30 pagi bukak, pukul 11.30 pagi tutup. Dulu pukul 10 dah habis lauk, sekarang ni aku tengok macam banyak gak la lauk dia, boleh tahan sampai pukul 11 lebih. Sambal dia boleh tahan lah, rasa ada bubuh serai dengan lengkuas. Recommendation: rendang ayam memang sedap. Harga: ikut pasaran semasa di Bukit Bintang (boleh tahan mahal jugak la) Macam-macam lauk ada, bergedil, sambal ayam, terung goreng, sambal sotong, kari ayam kentang, sambal sardine pun ada. Kira kalau nampak lauk je..terus lupa diri..semua pun nak ambil. Tahap mengantuk lepas makan: priceless.

Coffee Tasting 101

Setiap orang ada trigger untuk paginya sendiri. Bak kata cikgu Sains aku dulu “pemangkin”. Contoh paling dekat, aku sendiri. Sehari kalau tak kena teh ‘o’ suam nipis kurang manis, rasa cam pagi tu kerja ntah hapa-hapa. Customer regular aku, hari-hari dok cekik 4 shot Venti Caramel Macchiato. Sehari tak nampak muka tak sah. Hari Ahad pun datang beli. Kalah mamak Rasik Pandan Jaya punya loyal customer.

Okey, bab tu kita tinggal dulu. Lain kali sambung cerita. Sekarang aku nak sentuh bab minum kopi. Biasa adat orang Malaysia, minum kopi ‘o’ layan nasi lemak. Teh tarik mesti wajib dengan roti canai. Perghh..memang terangkat. Di tempat kerja aku, Arabica coffee ni ada banyak jenis, dari 3 region which is Africa, North America dan kepulauan Sumatera.. Black coffee ni biasa kitorang pasangkan sekali dengan complimentary flavours. Kalau macam coffee yang dark roasted e.g. Espresso, biasanya ada rasa caramelly sweet. Senang cerita, bau gula hangus. Kadang-kadang ada coffee yang bau earthy. Bau ni senang je nak kenal, kalau ada bau cam tanah, ada sikit bau kayu, earthy la tu. Bau-bau yang aku sebutkan tadi memang kalau first timer, susah nak agak. Lama-lama nanti korang mesti biasa dengan bau coffee tadi. Paling senang nak cam ialah bau chocolaty. Confirm bau coklat, kadang-kadang bau dark chocolate, so macam ada rasa pahit sikit. Rasa dan bau coffee inilah selalunya yang menentukan complimentary flavour untuk coffee punya food pairing. Pairing ini aku akan terangkan dalam next chapter.

Selalunya aku buat coffee tasting sebelah pagi. Salah satu sebab ialah orang tak berapa nak ada, jadi boleh duduk lama sikit. Sebab kedua, biasalah kata tak sarapan lagi kan…alasan nak makan je sebenarnya coffee tasting ni. Biasa kita akan grind coffee setting coffee press, which is coarse, dan kena pilih flavour mana yang dirasakan ‘ngam’ dengan coffee yang kita nak test tu. Aha, biasanya kalau dark roast coffee akan rasa sedap dengan chocolate atau cinnamon. Jadinya, kenalah cari kek ke, pastry ke yang ada antara ciri-ciri tadi tu. Macam mana nak tahu yang food pairing tadi ngam dengan coffee tadi? Aaa…rahsianya bila kita makan food tu, lepas tu sip coffee yang tak ada gula tu sambil food masih dalam mulut. Ensure kita akan rasa manis food tu akan menyedapkan coffee yang takde gula tu. Kalau either coffee tu rasa overshadow food or vice versa, maknanya pairing tadi tu tak kena. If food and coffee rasa blend well, kira ngam lah tu. Coffee yang di test tu memang tak ada gula, sebab gula dalam food tu akan memaniskan coffee tu secara automatic.

Bila semua dah set, coffee dah siap press, semua orang dah duduk, masa untuk start coffee tasting. Coffee mesti diminum masa panas. Kalau sejuk, apa pun tak rasa. Baik kau pergi minum ice coffee terus. Ambil coffee yang dah di tuang dalam courtesy cup, sambil cover cup tu ¾ dengan jari jemari anda. Ambil bau dulu. Identify bau apa yang anda boleh baulah. Kalau cendawan ke, kayu kayan ke, tanah ke, cinnamon ke, herbal ke, coklat ke, apa-apa bau yang anda boleh kenal. Lepas tu slurp a.k.a minum. Lagi kuat bunyi lagi bagus. Malu? Alah, kentut dalam lif tak malu pun…apalah sangat bunyi slurp coffee tu. Lepas tu tebarkan rasa coffee dalam mulut tu ke palate lidah anda. Masa inilah kita nak identify rasa dan berat coffee tu. Medium ke bold, crispy, acidity (paras pahit coffee) high atau low, rasa coffee tu linger berapa lama, melekat pekat kat anak tekak ke, benda-benda macam tu lah. Haa…jangan ingat minum coffee tu sebab nak glamour dan main belasah saja, mesti kena ada ilmu jugak tahu? Bila anda dah mengenal pasti akan rasa dan identity coffee tu, barulah kita scope food, ambil bau, masuk dalam mulut, dan minum coffee untuk serasikan rasa food dengan coffee. Bagusnya bila kita tahu cara yang betul untuk minum coffee, tak ada gula pun tak apa. Barulah layann..

Itulah sikit sebanyak pelajaran kita hari ini. Opss..lupa nak cakap. Coffee Arabica sahaja yang berkesan cara ni. Setakat kopi biasa tu, belasah je la bubuh gula, bukan ada rasa pun. Harap anda semua minum coffee dengan knowledge, bukan harap glam ada logo kat cawan saja ok?

4 steps of coffee tasting:
1. Smell
2. Slurp
3. Locate the experience on your tounge
4. Write a description